RAWATAN MEMBUANG TOKSIN DARI TUBUH

RAWATAN MEMBUANG TOKSIN DARI TUBUH

Wednesday 14 March 2012

CARA-CARA RAWATAN STROK


Mohd. Razif Razman, 38, aktif bersukan
Seperti kebanyakan lelaki seusianya, Mohd. Razif Razman gemar bermain futsal sekurang-kurangnya sekali setiap minggu bersama rakan-rakan.
Di samping aktif, dia tidak lupa mengamalkan diet makan normal tiga kali sehari meskipun sesekali terpaksa bekerja hingga ke dinihari apabila sibuk dengan syarikat pengurusan acara miliknya sendiri.
Cuma Razif sesekali merokok dan sering dikelilingi rakan-rakan sepejabat yang kuat merokok disebabkan tekanan dan waktu kerja tidak menentu.
Sehinggalah pada Ogos tahun lalu, kehidupannya berubah dalam sekelip mata apabila tiba-tiba diserang angin ahmar ketika sedang melakukan urusan di bank. Disebabkan kejadian itu, Razif disahkan mengalami darah beku pada belakang otaknya.
''Doktor kata stres,'' katanya dengan perlahan kerana baru menemui 'suara' semula selepas kehilangan kemampuan untuk bergerak dan bercakap akibat serangan strok itu.
Walaupun dalam penuh kepayahan, dia bersungguh-sungguh menceritakan keperitan yang terpaksa dilalui termasuk membesarkan dua anak perempuannya berusia tujuh dan lapan tahun.
Itu belum kos cara-cara rawatan perbelanjaan mencecah hampir RM30,000 bagi menjalani pelbagai jenis cara-cara  rawatan termasuk hospital pakar, fisioterapi, perubatan alternatif akupuntur dan urutan untuk mengurangkan kesan penderitaan dialami Razif.
Kini, dia ditemani Syed Jamalil Syed Rahmat, 38, rakan baiknya sejak kecil yang mengorbankan masa dan tenaga apabila termampu untuk membawa Razif menjalani fisioterapi dan terapi pertuturan di Persatuan Angin Ahmar Kebangsaan (Nasam) Petaling Jaya, Selangor.
Jika tiada hal lain, setiap hari dua sahabat ini akan datang ke Nasam dan menjalani aktiviti harian. Lama- kelamaan Razif mula menunjukkan reaksi gembira dengan tersenyum serta ketawa.
Keadaannya jauh berbeza tiga bulan lalu apabila dia hanya mampu terbaring dan kedua-dua belah anggota tubuhnya tidak boleh digerakkan langsung.
Kata Razif, serangan angin ahmar itu membuatkannya kehilangan setahun daripada hayatnya lebih-lebih lagi masa bermanja bersama anak-anak yang masih kecil.
Kini, dia bertekad untuk menjalani cara-cara rawatan fisioterapi sekerap yang termampu dan menggagahkan diri walaupun terpaksa berusaha keras berbanding pesakit strok lain yang jauh lebih tua daripadanya.
Sazlina Zamalluddin, 38, 'gila kerja'
''Mak cik syak sesuatu apabila dia mengadu lidahnya kebas, suaranya ketika itu sudah berubah, kakinya terus lemah dan terjatuh apabila cuba berjalan.
''Apabila kami bawa dia ke hospital, dia sudah tidak boleh bergerak dan tidak mampu keluar dari kereta, dia hanya mampu memandang kami,'' kata Saadiah Salleh, 58, ibu kepada Sazlina Zamalluddin.
Sazlina yang masih belum berkahwin memegang jawatan Penolong Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), tinggal seorang diri di Serdang agar mudah berulang-alik ke tempat kerjanya di Putrajaya.
Rutin hariannya yang sentiasa sibuk di samping memberi ceramah dua kali seminggu di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan), Bukit Kiara, menyebabkan dia hanya meluangkan masa sebulan sekali melawat ibu bapanya di Kampung Pasir, Ulu Klang, Selangor.
Menurut Saadiah, anaknya itu terlalu kuat bekerja sehingga mengabaikan waktu makan sepanjang hari malah cuti tahunan sebanyak 50 hari juga tidak digunakan dan ini turut diakui rakan sekerja serta majikannya.
Malah Sazlina pernah dimasukkan ke hospital kerana mengadu tangan kebas tetapi berkeras kembali ke tempat kerja atas alasan banyak kerja yang perlu disiapkan.
Bagaimanapun, akhirnya dia terpaksa mengalah apabila diserang angin ahmar pada 20 Disember lalu ketika berada di rumah ibu bapanya.
Selama 24 hari, Sazlina terlantar di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum kemudiannya terpaksa menjalani cara-cara rawatan terapi pertuturan dan fisioterapi kerana kehilangan upaya untuk bergerak serta bercakap.
Kini hanya sepatah dua perkataan mampu dituturkan setiap hari sehinggakan ada ketika dia menangis kerana tidak seorang pun faham apa yang cuba dikatakannya.
N. Bashkeran, 40, gemar bersosial
Juruperunding khidmat pelanggan ini agak bernasib baik kerana kesan yang dialami akibat serangan strok tidak terlalu teruk seperti kebanyakan pesakit lain.
Namun N.Bashkeran tetap kehilangan fungsi sebelah kiri anggotanya setelah mengalami episod serangan pada 10 Julai tahun lalu ketika sedang memandu ke Putrajaya.
Mujur bapa kepada empat orang anak ini tidak ditimpa kemalangan, sebaliknya dia sempat pulang ke rumah dan berehat kerana diserang sakit kepala teruk.
Jelasnya, dia pernah disahkan menghidap darah beku pada pergelangan kakinya tidak lama sebelum diserang strok. Akibatnya, Bashkeran menghabiskan masa seminggu mengikuti cara-cara rawatan di hospital dalam keadaan lumpuh separuh badan.
''Isteri cukup sedih dan marah kerana tabiat minum arak antara penyebab saya diserang angin ahmar.
''Saya juga gemar mengambil makanan Barat selain mengambil alkohol beberapa hari seminggu,'' katanya.
Menurut Bashkeran, sebelum ini dia sering bersenam dan gemar bermain bola sepak selain mengikuti pemeriksaan kesihatan tiga hingga enam bulan sekali. Malah paras tekanan darahnya juga didapati normal sehingga dia diserang strok.

BERIKUT ADALAH CARA-CARA RAWATAN PENCEGAHANNYA
SENTIASA MINUM AIR BIO-AURA DAN AMALKAN MINUM BANCUHAN GARAM BULUH KAEM
CALL AMRAN UNTUK SET BIO-AURA; 012-2178384

No comments:

Post a Comment